Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga saham FGV susut 0.6% selepas 'kunjungan' SPRM
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 3:20 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Kemunculan sepasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menyebabkan harga saham firma perladangan itu jatuh 0.6 peratus.

Harga saham FGV menyusut 0.60% atau satu sen kepada RM1.65 dengan 9.31 juta saham didagangkan pada sesi pagi, hari ini, memetik laporan The Edge Markets.

Terdahulu, pada sebelah pagi, saham firma itu dibuka pada harga RM1.68 sesaham selepas ditutup hari sebelumnya pada paras RM1.66.

Sebelum ini, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dilaporkan sebagai berkata, beliau yakin saham FGV yang kini jatuh akan kembali pulih selepas kemelut yang melanda syarikat itu selesai.

Katanya mana-mana syarikat yang berhadapan dengan masalah sudah pasti mengalami penurunan saham.

“Insya-Allah lepas kes ini selesai, selesai lah. Mana-mana syarikat pun kalau ada isu macam ni dia akan terjejas. Bukan sahaja FGV tapi apa-apa syarikat pun.

“Tapi bila dah selesai, esok dia akan baik semula,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Sumbangan Ramadan FGV kepada asnaf di Menara Felda.

Kata Isa lagi, sekiranya pelabur melihat siasatan berhubung kes ini dapat diselesaikan, mereka mungkin yakin terhadap FGV.

“Bila tengok berjalan dengan baik, tengok proses siasatan kita ikut prosedur dan sebagainya menimbulkan keyakinan pada pemain-pemain saham,” katanya.

Saham FGV dilihat mula jatuh ekoran kemelut yang melanda Isa dan presiden yang juga ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad.

Lihat Komen
ADS