Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan buat silap atau saya kena, PM beritahu Prasarana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kakitangan di syarikat pengangkutan awam milik kerajaan, Prasarana Malaysia Bhd agar mengamalkan budaya prestasi tinggi dalam menjalankan pekerjaan.

Beliau berkata, mereka perlu berusaha untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam sistem pengangkutan awam kerana ia adalah perkara yang dekat di hati rakyat.

Dalam nada berseloroh, Najib berkata, beliau sebaliknya akan dipersalahkan apabila terdapat gangguan dalam sistem.

"Kita mesti berusaha untuk kecacatan sifar, bermakna jangan ada kecacatan dalam perkhidmatan yang boleh membawa kepada kerosakan. Ini bermakna kita mesti mempunyai penanda aras yang sangat tinggi kerana setiap kali ia berlaku, perdana menteri dipersalahkan.

"Malaysia ini pelik - jika harga bahan api meningkat, biasanya PM dipersalahkan; jika harga minyak jatuh, tiada yang berikan pujian. Harga bahan api telah jatuh dua kali berturut-turut, tetapi tiada siapa yang mengucapkan tahniah kepada perdana menteri.

"Jadi tuan-tuan dan puan-puan, sila faham mengapa saya tekankan ini. Ia kerana mereka sering salahkan perdana menteri, sedangkan kami adalah satu kerajaan yang mempunyai cawangan dan sistem.

"Kadang-kala, mungkin salah seorang juruteknik yang buat kesilapan di lapangan, atau kita tidak buat pemeriksaan dengan betul. Apabila sistem rosak, kerajaan dipersalahkan,"kata beliau lagi.

Najib mengadakan sesi dialog dengan kakitangan Prasarana di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS