Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Henti lantik ahli politik ketuai GLC
Diterbitkan:  Jun 9, 2017 4:36 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa kerajaan menamatkan amalan melantik ahli politik mengetuai sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Dalam setiap contoh, standard etika mereka jatuh jauh ke bawah berbanding apa yang kita harapkan daripada mereka," kataya.

Secara keseluruhan, kata Tunku Abdul Aziz, ahli politik terbabit membawa bersama mereka kebiasaan itu seumur hidup ke tempat dan persekitaran yang berbeza serta bertentangan dengan keperluan kepimpinan korporat yang berdisiplin, berdasarkan kepercayaan tanpa kompromi.

Katanya walaupun ada kes yang terkecuali, kerajaan bertanggungjawab untuk menghapuskan amalan yang tidak sihat itu yang turut membantu kempen memerangi rasuah.

Tunku Abdul Aziz berkata demikian melalui satu kenyaaan media yang menyentuh isu siasatan SPRM terhadap syarikat berkaitan kerajaan, Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd.

Beliau berkata, siasatan itu mempunyai kepentingan awam yang besar.

"Tambahan pula ia adalah satu daripada institusi korporat penting Malaysia. Apa yang sedang berlangsung kini menyaksikan pasaran modal syarikat jatuh mendadak sekurang-kurangnya RM1.1 bilion.

"Agak menyimpang daripada kesan buruk kepada kepentingan sosial dan ekonomi negara, kita sangat bimbang terhadap kemungkinan amalan rasuah di FGV, termasuk oleh ketua pegawai eksekutifnya yang digantung, Datuk Zakaria Arshad," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS