Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebulat suara bersetuju untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum mereka, menurut sumber.

Tiga sumber yang berbeza mengesahkannya dengan Malaysiakini bahawa cadangan itu dipersetujui semasa mesyuarat majlis presiden HARAPAN pada Jumaat yang lalu.

Satu sumber berkata, cadangan itu telah dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pemimpin BERSATU yang hadir pada mesyuarat itu, bagaimanapun, enggan mengulas ketika dihubungi.

Ini merupakan peralihan dari cadangan awal bulan ini yang dilaporkan untuk Anwar dinamakan sebagai bakal penasihat bersama kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari segi politik, tindakan itu dilihat sebagai usaha untuk mengangkat Anwar lebih dari sesiapa yang lain, seperti jawatan sekarang dalam PKR sebagai ketua umum.

Ia mungkin juga bertujuan menjadikan cadangan kepimpinan barisan yang baru oleh BERSATU lebih senang diterima.

Ia juga bertujuan menjadikan cadangan kepimpinan barisan yang baru oleh BERSATU lebih baik.

Pada mesyuarat pagi Jumaat yang lalu, BERSATU dilaporkan mencadangkan Mahathir dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai pengerusi dan presiden pakatan tersebut.

"Jika cadangan (Anwar) adalah benar, ia adalah taktik yang baik untuk membuatkan pemimpin PKR yang masih taksub dengan Anwar bersetuju (cadangan BERSATU)," kata pengulas politik Wan Saiful Wan Jan kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS