Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMANAH gesa k'jaan tanggung kenaikan tambang bas
Diterbitkan:  Jun 12, 2017 3:14 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa kerajaan supaya campur tangan dalam isu kenaikan tambang bas yang didakwa akan dinaikkan sebanyak 10 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan, kerajaan perlu menyekat dan membantah kenaikan tersebut kerana ia sangat membebankan rakyat yang ketika ini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Sekiranya kenaikan tersebut tidak lagi mampu dikawal, Pemuda AMANAH menyarankan agar kos tersebut ditanggung kerajaan," katanya pada kenyataan media hari ini.

Abdul Sany berkata, Pemuda AMANAH turut melahirkan rasa kecewa apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Darat (SPAD) dilihat gagal memainkan peranannya untuk mengawal tambang.

"SPAD sepatutnya mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan dan ketetapan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan kadar tambang bas ekspres akan dinaikan sebanyak 10 peratus berbanding harga biasa bagi perjalanan ke seluruh negara bermula 22 Jun hingga 2 Julai.

Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha BAS Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali dilaporkan sebagai berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain dapat menampung kos operasi pengendalian yang kian meningkat menjelang sambutan Aidilifitri.

Utusan melaporkan lagi, kenaikan harga tiket bas tersebut bukan hanya bergantung kepada harga minyak semasa sebaliknya ia turut dipengaruhi faktor lain berdasarkan ketetapan SPAD.

Lihat Komen
ADS