Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrir bincang kemelut FGV dengan PM Rabu ini
Diterbitkan:  Jun 13, 2017 7:53 AM
Dikemaskini: 11:56 PM

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu ini untuk membincangkan jalan penyelesaian terhadap kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Shahrir berkata pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Kementerian Kewangan, Putrajaya akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan FGV secara lebih terperinci.

"Saya kena jumpa Perdana Menteri untuk tahu lebih lanjut apa pandangan, apa yang dimaksudkan dengan laporan-laporan mengenai FGV ini, sebab saya duduk di luar.

"Felda hanya sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV.

"Mungkin dalam perjumpaan itu nanti akan tahu apa cadangan-cadangan yang sesuai, macam mana nak selesaikan isu ini. Insya-Allah sempat sebelum raya ni. Ada lebih kurang dua minggu lagi (untuk selesaikan)," katanya.

Shahrir bercakap kepada pemberita di majlis Ihya Ramadan Warga Felda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Felda di Felda Kerteh 6 di Kemaman, semalam.

- Benama

Lihat Komen
ADS