Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘BTN tukar modul, sasaran kini Dr M, Muhyiddin Kit Siang’

Timbalan Presiden, Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub mendakwa modul yang digunakan Biro Tata Negara (BTN) tetap menggunakan pendekatan berbaur perkauman yang boleh menjurus kepada ancaman keganasan serta mencetuskan perasaan kebencian kepada bukan Melayu.

Namun katanya, sedikit perubahaan dalam modul itu adalah pemimpin PAS sekarang bukan lagi sasaran BTN tetapi fokus utama mereka adalah pemimpin Pakatan Harapan.

"Modul yang dibawa BTN secara jelas mengajar, mendidik dan memupuk kebencian yang keterlaluan sama ada satu puak, kaum atau kelompok atas nama perkauman dan agama, ia sangat berbahaya.

"BTN ada saham dalam menyemai benih keganasan, menyemai benih kebencian khususnya kepada golongan target mereka untuk mempertahankan kerajaan yang ada hari ini.

"Mereka juga menjadikan individu tertentu sebagai sasaran dan sasaran baharu sekarang ialah Tun Dr Mahatahir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, (Lim) Kit Siang juga dikatakan dekat dengan parti PAP di Singapura,” katanya.

Salahuddin berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Amanah Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga mendedahkan, ketika dirinya bersama PAS dahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa membawa ajaran sesat dan memecah-belahkan masyarakat.

Salahuddin turut mendakwa modul BTN juga menyebut bahawa bangsa Cina berbahaya kepada institusi Melayu.

"Mereka mainkan isu Cina Melayu, Cina khususnya bangsa lain (selain Melayu) ini adalah ancaman kepada negara kita, (mereka kata) kalau negara kita jatuh kepada Cina negara ini akan musnah. Isu 13 Mei juga tidak terlepas daripada sebahagian daripada modul BTN.

"Menerusi modul BTN ini, 70 peratus mereka menyemai benih kebencian perkauman dan agama dan hanya peratus benar-benar melibatkan tatanegara," katanya.

Pemimpin AMANAH itu turut memaklumkan segala maklumat yang diperolehnya adalah daripada sumber yang dekat dengan BTN.

Justeru, beliau mendesak supaya modul BTN sedia ada dirombak dengan menghapuskan modul yang melibatkan isu perkauman dan agama.

"Sudah sampai masa BTN dirombak pendekatan dan modul supaya benih ini tidak lagi ditanam dalam fikiran rakyat, kita susah hampir 60 tahun merdeka tetapi kenapa isu perkauman, isu agama masih lagi dipermainkan.

"BTN mesti hentikan menggunakan modul dalam menyemai bibit kebencian dalam negara kita khususnya menjelang PRU," katanya.

Lihat Komen
ADS