Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemelut FGV: Idris Jala jadi Superman, soal Kit Siang
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 5:10 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Laporan Datuk Seri Idris Jala mengenai kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) perlu bersifat pendedahan menyeluruh, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Ia juga seharusnya bukan sekadar 'menutup' kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan Felda dan FGV menjaga kebajikan peneroka dan bukan kroni Umno, kata beliau.

"Ia cepat," demikian yang tertera dalam perenggan pertama kenyataan media Lim mengenai pengumuman Najib bahawa Idris telah menyiapkan laporan mengenai FGV.

"Apakah Idris menjadi superman atau pekerja hebat dalam transformasi kerajaan yang boleh menentukan punca kompleks dan penyelesaian krisis FGV RM13 bilion dalam tempoh seminggu.

"Atau semua fakta dan maklumat tentang krisis Felda/FGV dalam pemilikan Jabatan Perdana Menteri, kerana perdana menteri bertanggungjawab secara langsung bagi hal ehwal Felda/FGV dan isu sebenar kegagalan perdana menteri terhadap tanggungjawab untuk menyelamatkan Felda dan FGV dalam tempoh lima tahun yang lalu," kata Lim.

Lim juga menyatakan bahawa Idris merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dari 2009 hingga 2015.

Oleh itu, Lim mengulangi gesaannya supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi kemelut tersebut dan mempersoalkan bagaimana Idris membenarkan Felda dan FGV menjurus kepada keadaan yang sedemikian.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS