Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim hari ini ditempelak kerana mendakwa pembayaran surcaj air dikreditkan ke pejabat ketua menteri dan bukannya untuk kegunaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dakwaan Rafizal ini adalah fitnah yang berniat jahat dan patut merasa malu untuk terus melakukan pembohongan sedemikian.

Lim berkata, semua hasil air disalurkan semula kepada PBAPP bagi projek-projek penambah baikan bekalan air di negeri itu.

"Apakah beliau (Rafizal) ada bukti? Sila tunjuk bukti dan bukannya membuat dakwaan tidak berasas yang boleh menjejaskan ketua pegawai eksekutif (PBAPP).

"PBAPP adalah syarikat tersenarai awam di bawah Bursa Saham, terdapat peraturan yang ketat untuk diikuti," kata Lim kepada pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada sidang media yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa menafikan sebarang dana PBAPP dikreditkan ke pejabat ketua menteri dan menjelaskan bagaimana hasil air dibelanjakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS