Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar hari ini meninjau sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dan berkata beliau terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Dakwanya, walaupun kawasan itu dimenangi oleh Datuk Iskandar Samad yang juga exco kerajaan tempatan di Selangor, keadaan rumah di kawasan itu teruk sekali.

“Bumbung bocor teruk dan tak ada pembelaan, cat yang sudah 20 tahun tidak dicat, pam air dari enam tinggal tiga.

“Dan satu saja Iskandar bagi selepas itu dah tak datang dah," kata Noh yang meninjau sekitar kawasan Angsana Hilir.

Noh berkata demikian dalam majlis penyerahan sumbangan golongan kurang berkemampuan dan anak yatim serta sumbangan surau-surau parlimen Pandan di balai bomba Pandan Indah.

Beliau juga membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan meminta rizab negeri yang tinggi di Selangor digunakan bagi memperbaiki keadaan perumahan negeri.

"Dia pun exco kerajaan gunakanlah rizab yang dia ada berbilion-bilion itu baiki.

“Saya pun dah turun dua,tiga tempat dan ada banyak lagi yang perlu dibantu dan belanjalah duit kerajaan negeri yang menteri besar tak tahu nak guna itu," sindir Noh.

RM1.6 juta untuk infrastruktur

Sebelum itu, Noh dilaporkan mengadakan progran ziarah Ramadan di sekitar Pandan di Kuala Lumpur dan mengumumkan kementeriannya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1juta bagi membaik pulih kemudahan infrastruktur pangsapuri kos rendah Pandan Utama.

Peruntukan itu bagi membiayai kos membaiki dan menyelenggara kemudahan termasuk lif, bumbung dan pam air yang mengalami kerosakan.

"Daripada tinjauan didapati bumbung perumahan ini bermasalah. Terdapat dua lif, satu sudah uzur dan satu lagi sudah tidak berfungsi manakala daripada enam pam air, hanya tiga yang berfungsi.

"Peruntukan tersebut mampu memberi faedah kepada kira-kira 200 unit rumah di sini, bermakna satu unit rumah kita belanja dalam RM2,500 untuk membantu baik pulih kemudahan," belau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kerja membaik pulih akan dilakukan secepat mungkin tahun ini.

Lihat Komen
ADS