DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

   

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low memegang pasport Malaysia dan pasport untuk St Kitts dan Nevis di kepulauan West Indies, yang melanggar Perlembagaan Persekutuan yang tidak mengiktiraf dua kerakyatan.

Ini terkandung dalam saman ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan 1MDB untuk merampas AS$540 juta lagi aset yang berkaitan dengan apa yang jabatan itu dakwa sebagai "konspirasi antarabangsa untuk mencuci dana yang disalahgunakan dari sebuah 'sovereign wealth fund' Malaysia".

Ini menjadikan jumlah tuntutan pelucuthakan yang dibuat oleh DOJ dalam kes ini meningkat kepada AS$1.7 bilion.

DOJ mendakwa Low telah menandatangani sepucuk surat dengan kepala surat firmanya Good Star Ltd untuk memudahkan pemindahan satu dana pada 19 Mac 2010.

Tanda tangan itu "sama dengan yang Low gunakan pada pasport Malaysia, Kitts dan Nevis," katanya.

St Kitts membenarkan warga asing mendapatkan kewarganegaraan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau satu sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula di negeri ini.

Menurut pemfailan ketiga yang dibuat semalam, DOJ mendakwa Low mengumpulkan lebih AS1 bilion dalam hartanah menggunakan dana yang didakwa dialihkan daripada 1MDB. Ia termasuk:

- Time Warner Penthouse, New York (AS$30.55 juta);
- Oriole Mansion, Beverly Hills (AS$390.98 juta);
- unit Greene Condominium, New York (AS$13.8 juta);
- Hotel mewah L'Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta);
- Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta);
- Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta);
- Qentas Townhouse, Belgavria, London (17 juta pound);
- Stratton penthouse dan flat Stratton, London (35 juta pound);
- Pejabat Stratton, London (42 juta pound); dan
- kepentingan dalam Hotel Park Lane, New York melalui perkongsian (jumlah harga pembelian AS$654 juta).

[Baca berita asal/penuh]

Laporan berkaitan

Apandi kesal 'sindiran' DOJ terhadap PM

DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Pembantu PM: Motivasi pemfailan DOJ lebih dari setakat 'rampas aset'

DOJ: Jho Low belanja AS$10j beli barang kemas untuk model, ibu

'Kapal layar mewah Jho Low dibeli dengan dana 1MDB'

DOJ dakwa anak tiri Najib beli hartanah, poster guna dana dari Aabar BVI

DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1

Siasatan 1MDB: DiCaprio pulangkan Oscar Brando


 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda