Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP S'wak tunggu keputusan mahkamah sebelum umum calon
Diterbitkan:  Jun 16, 2017 4:18 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

DAP Sarawak membuat keputusan untuk tidak mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pujut kerana menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung perkara itu, esok.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata beliau dimaklumkan pasukan peguam parti itu pagi ini bahawa hakim perbicaraan, Datuk Douglas Primus Sikayun, akan mengumumkan keputusannya pada 9 pagi esok.

"Demi menghormati proses mahkamah, kami akan tangguh dulu pengumuman mengenai calon," katanya kepada pemberita di pejabat DAP Miri hari ini.

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar MahkamahTinggi Kuching pada 7 Jun bagi mencabar pemecatannya oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pada 12 Mei, Dr Ting dilucut kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri bagi melucut kelayakan beliau kerana didakwa mendapat taraf warganegara Australia pada 2012.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS