Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JASA: Saman DOJ ke atas 1MDB tiada bukti jenayah
Diterbitkan:  Jun 17, 2017 7:09 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mungkin telah banyak membuat dakwaan yang menjejaskan dalam saman pelucuthakan sivil 1MDB tetapi Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) tidak percaya ia membawa sebarang pengertian.

Cabang propaganda kerajaan itu, dalam sebaran maklumat menerusi Whatsapp berkata, ini kerana ia adalah kes sivil yang tidak dapat membuktikan sebarang salah laku jenayah.

"Bolehkah DOJ buktikan jenayah telah dilakukan melalui saman sivil? Tidak.

"Saman sivil hanya bertujuan mengambil alih aset yang disyaki diperoleh secara haram," katanya.

Jasa memberi contoh yang Inisiatif Dapatan Semula Aset Kleptokrasi DOJ dalam penyitaan harta bekas presiden Taiwan Chen Shui Bian di Amerika Syarikat yang didakwa diperolehi dengan menggunakan hasil rasuah.

"Dalam kes (bekas) presiden Taiwan, walaupun hartanya dirampas dan dilelong oleh DOJ, DOJ tidak mempunyai bukti dan tidak dapat bertindak terhadapnya," kata JASA.

JASA mengulangi bahawa tindakan DOJ adalah "aduan awam" dan tidak mengandungi keterangan prima facie.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS