Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam tuntut inkues segera kes kematian terbaru
Diterbitkan:  Jun 18, 2017 4:35 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Peguam yang mewakili keluarga mangsa yang mati dalam tahanan, D Vickraman, 37, meminta inkues segera dijalankan berhubung sebab kematiannya.

Mereka berkata bedah siasat mendapati Vickraman meninggal dunia akibat masalah lemah jantung, suatu penyakit yang dihidapi sejak lahir.

Dalam kenyataan bersama, peguam Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran berkata, keluarga Vickerman memberitahu mereka bahawa si mati adalah individu yang sihat tanpa sejarah penyakit jantung.

"Kami perhatikan pada masa lalu, beberapa hasil bedah siasat telah dicabar dan bersifat kontroversi, paling tidak, misalnya dalam kes kematian tahanan A Kugan, Karuna Nithi dan C Sugumar.

"Memandangkan ini adalah kematian tahanan yang bermaksud inkuiri adalah mandatori di bawah Kanun Prosedur Jenayah, kami menyeru koroner atau pendakwa raya segera memulakan prosiding inkues untuk menentukan punca Vickraman meninggal dunia dalam tahanan.

"Selanjutnya, terdapat tanda tanya yang serius terhadap peristiwa-yang membawa kepada kematiannya dan juga penyebab kematian, kerana orang dewasa yang yang tanpa sejarah penyakit yang mengancam nyawa biasanya tidak jatuh dan mati setelah beberapa hari dalam tahanan," Kata peguam dari kumpulan Lawyers For Liberty.

Mereka berkata, Vickraman meninggal dunia di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 15 Jun apabila dibawa ke sana untuk pendengaran reman.

Keluarganya hanya dimaklumkan dan dibenarkan menuntut mayat pada hari berikutnya selepas bedah siasat selesai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS