Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Isyarat Anwar supaya HARAPAN beralih isu calon PM’

Keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan mungkin dianggap sebagai satu kejutan dan setiap pemimpin pembangkang mungkin mempunyai pandangan mereka tersendiri.

Tetapi sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan keputusan Anwar, sebahagian besar pemimpin HARAPAN percaya bahawa bekas pemimpin pembangkang - yang kini sedang menjalani hukuman di penjara - telah memberi isyarat tentang pentingnya untuk beralih daripada isu calon perdana menteri yang telah membelenggui pembangkang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli percaya bahawa Anwar prihatin tentang terlalu banyak tumpuan yang diberikan ke atas struktur dan kepimpinan HARAPAN.

"Beliau dapat rasakan isu calon perdana menteri telah menjadi isu paling penting dan berbahaya kepada kempen kami.

"Saya baca kenyataannya yang merayu kepimpinan HARAPAN untuk beralih daripada isu calon perdana menteri kerana itu bukan pra-syarat untuk memenangi pilihan raya umum," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Menurut Rafizi, pakatan pembangkang Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai calon menteri besar Selangor, sebelum memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

"Terdapat banyak cara untuk berkempen dan seperti biasa, isu yang paling penting sentiasanya adalah yang membabitkan rakyat -kesejahteraan dan kos sara hidup mereka.”

Rafizi, yang mengakui "sedih" dengan keputusan Anwar, percaya bahawa bekas ketua pembangkang itu merasakan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa wacana tidak seharusnya berpaksi ke atas dirinya.

"Seolah-olah beliau adalah batu penghalang (untuk HARAPAN bergerak ke hadapan). Itulah sebabnya beliau mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya agak terkejut kerana saya fikir kita agak ke depan tetapi saya harap memandangkan beliau telah membuat kenyataan itu, kita benar-benar boleh bergerak dan hanya memberi tumpuan kepada pilihan raya," katanya.

"Masih belum dapat dilihat sama ada pemimpin utama HARAPAN akan menjadikan ini sebagai pengajaran tetapi saya berharap mereka merenungkan rayuan Anwar itu."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS