Inflasi bulan Mei dijangka menyusut - StanChart

   

Penyelidikan Standard Chartered (StanChart) menjangka inflasi susut kepada 3.9 peratus pada bulan Mei tahun ini, berbanding 4.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, inflasi makanan mungkin kekal sebagai penyumbang utama kepada inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP).

Inflasi pengangkutan dijangka sederhana berbanding bulan sebelumnya susulan harga bahan api domestik merosot 5.2 peratus bulan ke bulan, bagaimanapun kekal sebagai penyumbang utama kepada inflasi IHP pada asas tahun ke tahun, katanya.

"Kami menjangka bank pusat akan mengekalkan retoriknya ke atas inflasi teras dan pertumbuhan, selain melihat melangkaui peningkatan baru-baru ini dalam IHP yang dipacu oleh langkah-langkah pentadbiran dan bekalan," katanya.

Jabatan Perangkaan akan mengumumkan data IHP bagi Mei pada 21 Jun.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda