Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita, tiga lelaki didakwa bunuh suspek cabul
Diterbitkan:  Jun 21, 2017 2:21 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Seorang wanita dan tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek dalam kes cabul, hujung Mei lalu.

Tertuduh Farah Waheda Abu Bakar, 21, Mohd Shahrul Ikhwan Shahbani, 20, Hor Yong Wei,19 dan Chee Woie Yong, 29 mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, lapor Bernama.

Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat mereka bersama-sama lima lagi yang masih bebas didakwa membunuh Mohammad Fisol Abu Bakar, 31, di Plaza Sentosa, Jalan Putra pada 4 petang, 28 Mei lalu.

Sebelum ini, mangsa dilapor dipukul selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kompleks beli belah di Alor Setar.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 30 Mei lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin.

Mahkamah menetapkan 25 September untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

 

Lihat Komen
ADS