Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nalla gesa Anwar kembali ke Umno demi perpaduan Melayu
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 11:39 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Senator Tan Sri S Nallakaruppan, yang adalah bekas sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa bekas pemimpin pembangkang yang kini meringkuk di penjara supaya kembali kepada Umno demi perpaduan orang Melayu.

Akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai memetik presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu sebagai berkata bahawa Anwar harus melupakan pengalaman silam dan mempertimbangkan cadangannya demi perpaduan bangsa Melayu.

"Kamu dipecat keluar dari Umno ketika pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekarang Mahathir tidak lagi berada dalam Umno.

"Justeru, ini adalah masa sesuai untuk kembali kepada parti. Meslipun 'terikat' dengan parti lain, tidak ada salahnya bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional," kata Nallakaruppan.

"Ini permintaan saya sebagai seorang kawan lama, saya tidak mencadangkan demikian kerana pilihan raya umum semakin hampir, saya tidak mahu orang Melayu berpecah, sebab itulah saya mengemukakan cadangan ini," katanya.

Menurut Nallakarupan, Anwar tidak akan menghadapi masalah untuk kembali kepada Umno, memandangkan sejarahnya.

Beliau seterusnya berkata bahawa kedua-dua Anwar dan Umno harus mempertimbangkan cadangannya dan beliau sanggup menjadi orang tengah bagi memastikan kerjasama itu menjadi kenyataan.

"Apa keuntungan yang kamu dapat dengan bekerjasama dengan seseorang (Mahathir) yang pernah menyakiti kamu pada masa lalu?" soalnya.

Nallakaruppan adalah bekas sekutu dan teman sepermainan tenis Anwar. Namun hubungan kedua-dua mereka retak apabila Anwar pernah menasihatkan rakannya itu supaya tidak bertanding merebut jawatan naib presiden PKR.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS