Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isa Samad patut tolak jawatan SPAD, kata DAP
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 12:01 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sepatutnya menolak pelantikan sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, dengan berbuat demikian, Mohd Isa boleh merintis jalan yang menyaksikan hanya calon terbaik akan dilantik menerajui sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya "kroni rapat" perdana menteri.

"Meletak jawatan sebagai pengerusi FGV tetapi terus menjadi pengerusi SPAD hanya meneruskan tradisi yang gagal melantik calon terbaik serta menjadi sekadar sandiwara program transformasi GLC.

"Ini adalah satu lagi sebab dan contoh mengapa kepercayaan dan kredibiliti orang ramai terhadap Najib sebagai perdana menteri terus menjunam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Lim berkata, sekurang-kurangnya, Mohd Isa sepatut menangguhkan penerimaan jawatan baru itu sementara menunggu siasatan mengenai tempohnya di Felda dan FGV yang mengakibatkan kehilangan berbilion ringgit kepada kira-kira 100,000 peneroka Felda, selesai.

"Ini sebenarnya akan menjadi khidmat terbesar yang Mohd Isa dapat lakukan untuk negara ini.

"Saya berharap Isa akan merenungkan cadangan ini, sekurang-kurangnya beliau akan memperoleh sedikit penghormatan dalam rekod perkhidmatan awamnya yang panjang," kata Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS