Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rogol di Perth: Juruterbang AirAsia kena penjara 13 tahun
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 1:01 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Seorang juruterbang Malaysia dijatuhi hukuman 13 tahun penjara kerana merogol seorang wanita dengan mengacukan pisau di Perth 21 tahun yang lalu, lapor AAP.

Menurut agensi berita itu, Alfred Gerard Eyally, 50, mesti menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 11 tahun.

Eravelly memecah masuk ke rumah mangsa dengan memotong ‘flyscreen’ di bilil mandi mangsa, lalu mengikatnya, sebelum berulang kali menyerangnya secara seksual.

Menurut laporan, beliau meninggalkan kesan DNA yang membawa kepada penangkapannya.

Walau bagaimanapun, Eravelly mendakwa beliau sebenarnya mengenali mangsa dan mengikat wanita itu sebagai sebahagian daripada upacara hubungan seks mereka.

Beliau mendakwa hubungan mereka mula retak apabila wanita itu cuba memerasnya, dengan mengancam untuk memberitahu teman lelakinya tentang hubungan mereka.

Beliau juga dilaporkan memberitahu polis bahawa fantasinya adalah untuk memecah masuk rumah dan merogol wanita tetapi tidak seronok melakukannya, kata Perth Now.

Adalah dilaporkan kejadian berlaku ketika Eravelly adalah seorang pelajar penerbangan. Selepas lulus, beliau kembali ke Malaysia untuk berkhidmat dengan AirAsia.

Beliau ditangkap semula ketika tiba di Sydney 20 tahun selepas kejadian dan disabitkan kesalahan selepas perbicaraan enam hari pada April.

Lihat Komen
ADS