Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPN akan teliti dakwaan Jho Low ada 2 kerakyatan
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 1:23 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneliti tuduhan sama ada benar hartawan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low benar-benar memiliki dua kerakyatan.

“Perkara macam itu kita kena semak dulu.

“Kita kena semak balik, kalau ada kes-kes sama dia lain-lain itu, kita kena semak balik sama dialah.

“Mungkin dengan imigresen dan sebagainya,” kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli ketika menjawab soalan pemberita.

Saman Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) minggu lalu mendedahkan Low mempunyai pasport Malaysia dan Saint Kitts and Nevis.

Aduan rasmi kepada JPN berkaitan perkara itu dibuat oleh DAP semalam.

Lihat Komen
ADS