Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sejuta kenderaan masuk Kelantan
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 4:08 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan akan memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

Pengerusinya Datuk Abdul Fattah Mahmodd berkata laluan Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala krai mulai sesak dengan kenderaan pagi ini dan mungkin bertambah sesak pada malam kemuncak menyambut hari raya nanti.

"Justeru pengguna jalan raya diharap dapat menggunakan beberapa jalan alternatif bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis di Gua Musang hari ini.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS