Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas NC UiTM cabar DAP buktikan isu gerakan Kristian
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 4:49 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah mencabar Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar untuk membuktikan parti itu tidak terkait langsung dengan gerakan Christian Zionism di negara ini.

“Buktikan DAP tidak terkait langsung dengan gerakan Christian Zionism," kata Ibrahim, memetik laporan Umno Online.

Pada masa yang sama, Ibrahim mahu Ariffin membuktikan segala hujah yang beliau utarakan melalui kajian ke atas beberapa buku tertentu adalah salah.

“Buktikan bahawa segala hujah yang saya bawakan melalui buku-buku tersebut adalah salah agar semua buku tersebut tidak akan dicetak dan dijual lagi di Malaysia.” katanya lagi.

Buku-buku yang dimaksudkan ialah The Tenth Parallel: Dispatches from the Fault Line Between Christianity, and Islam – Eliza Griswold (2010), Art of Deception: Mereka Menipu Dunia – Jerry D. Gray (2012), The Armies of God: A Study in Militant Christianity – Iain Buchanan (2010), Sang Nila Utama and The Lion of Judah: Dominionism dan Christian Zionism in Malaysia – Iain Buchanan (2015).

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga ahli majlis tertinggi Umno, beliau tersentak dan terkejut dengan kenyataan Ariffin sebelum ini di Parlimen yang seolah-olah tidak risau malah menyokong sekiranya gerakan ini mahu menubuhkan bandar Kristian.

“Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah secara sinis atau sindiran, kerana sekiranya Pulau Pinang ingin dijadikan bandar Kristian adalah realistik kerana kerajaan negeri majoriti dikuasai oleh pemimpin parti DAP.

“Beliau sepatutnya sedar bahawa sidang Parlimen merupakan mesyuarat yang membincangkan segala perihal negara. Ini bermakna, segala yang diperkatakan dalam Parlimen adalah perkara yang serius dan bukan main-main,” kata Ibrahim lagi.

Terdahulu, Ariffin menafikan beliau menyokong pembentukan sebuah bandar Kristian di Pulau Pinang dengan berkata, mereka yang tergamak untuk mempercayai tuduhan itu disifatkan tidak berkeupayaan dari segi intelek untuk membincangkan mengenainya.

"Ia agak konteks sama sekali," katanya kepada Malaysiakini.

Ariffin menambah, beliau sebenarnya bertanya soalan retorik untuk mencabar dakwaan Ibrahim mengenai gerakan membentuk 'bandar Kristian' di Pulau Pinang.

"Mereka katakan saya bersetuju untuk mengadakan bandar Kristian. Apa yang saya katakan dengan cara yang menyindir bagi menunjukkan individu yang tidak cukup intelektual.

"Apa yang beliau maksudkan bandar Kristian? Tiada bandar Kristian di dunia ini.

"Dan jika ada pihak yang mahu menubuhkan bandar Kristian, perlu ubah Perlembagaan," kata Ariffin yang merupakan ahli sejarah.

Lihat Komen
ADS