Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 7:09 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan semakin ramai warga kota yang mula pulang ke kampung masing-masing sempena sambutan Adilfitri yang dijangka Ahad ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik direkodkan perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu dari Slim River ke Sungkai, Terowong Menora ke Kuala Kangsar dan Gua Tempurung ke Gopeng susulan peningkatan jumlah kenderaan.

"Keadaan trafik dijangka perlahan sehingga tengah malam ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik perlahan sebelum masuk Tol Gombak menuju ke Pantai Timur.

"Turut mengalami kesesakan sebelum terowong Genting Sempah sehingga kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS