Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ANAK rayu tarik balik lantikan Isa di SPAD
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 9:12 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak mengulangi kesilapan besar dengan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

"Sejarah telah merakamkan bagaimana penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dan pelantikan Isa sebagai pengerusi Felda dan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) adalah suatu malapetaka yang membawa bencana kepada kehidupan masyarakat Felda.

"Pelbagai pihak berpandangan mengenai ketidakwajaran penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dan membantah keras perlantikan Isa sebagai pengerusi Felda dan FGV," katanya dalam kenyataan.

Justeru, katanya, ANAK merayu agar pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD ditarik balik dengan serta-merta.

"Biarlah Isa menumpukan sepenuh perhatian sebagai ahli Parlimen Jempol, di mana pengundi dan masyarakat di sana yang rata-rata warga Felda sangat memerlukan perhatian beliau.

"Moga perdana menteri mengambil iktibar dari krisis dan kemelut di Felda yang telah menghakis keyakinan masyarakat Felda terhadap kerajaan," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya juga tidak pasti apa istimewanya Isa yang intergriti beliau sangat dipersoalkan oleh masyarakat Malaysia.

"Hari yang sama beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi FGV, lantas dilantik pula sebagai (pemangku) pengerusi SPAD," tegasnya.

Lihat Komen
ADS