Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Denggi meningkat 41.4 peratus di Kelantan
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 6:15 AM
Dikemaskini: 10:22 PM

Demam denggi mencatatkan peningkatan sebanyak 41.4 peratus kepada 1,599 kes sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 1,131 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jajahan Kota Bharu mencatatkan kes terbesar dengan 863 kes, diikuti Tumpat (197 kes), Tanah Merah (164 kes), Bachok (135 kes), Pasir Mas (114 kes), Machang (48 kes), Gua Musang (25 kes), Kuala Krai (24 kes), Pasir Puteh (23 kes) dan Jeli (6 kes).

"Dua kematian turut direkodkan masing-masing satu di Kota Bharu dan satu di Pasir Mas pada tahun ini berbanding hanya satu kes direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas," katanya pada Program Selamat Pulang Perantau di Machang semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagi mengalu-alukan kepulangan anak Kelantan di perantauan yang mula kembali ke negeri ini sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada Ahad.

- Bernama

Lihat Komen
ADS