Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salah namakan defenden, kuil selamat dari dirobohkan

Penjaga kuil Taoist dan penganutnya hari ini berjaya dalam usaha untuk menghalang perobohan tempat ibadat itu oleh sebuah pemaju swasta.

Peguam P Uthayakumar berkata hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menyampaikan keputusan itu terhadap saman pemula yang difailkan oleh Kepong Development pada 7 Disember tahun lepas, memohon perintah untuk merobohkan kuil Hock Sui Tong di Kepong.

"Hakim memutuskan bahawa Kepong Development Sdn Bhd telah menamakan defendan yang salah dalam saman pemula yang difailkan untuk mendapatkan perintah bagi merobohkan kuil tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Uthaya, plaintif telah salah menamakan penjaga kuil Ng Ah Sang dan mereka yang namanya tidak diketahui sebagai penghuni di tiga Lot tanah 19126, 19127 dan 19128 di kawasan yang dikenali sebagai Taman Kepong.

Uthayakumar mewakili 170 penganut di kuil itu, termasuk bekas timbalan menteri Tan Chai Ho, yang pada Disember lalu memfailkan permohonan untuk dinamakan sebagai defendan dalam kes itu.

Dalam permohonan itu, Uthayakumar berkata beliau telah berhujah bahawa plaintif telah dengan sengaja gagal menamakan Tan walaupun ia tahu Tan adalah salah seorang penaung dan penganut utama di kuil itu.

Pendengaran permohonan itu bagaimanapun ditangguhkan beberapa kali dan tidak lagi akan didengar selepas keputusan hari ini, katanya.

Mahkamah juta telah mengarahkan Kepong Development untuk membayar kos berjumlah RM3,000 kepada kuil itu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS