Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mogok lapar: ADUN PKR dihantar ke hospital
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 10:14 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang mengadakan mogok lapar sebagai tanda protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak menjawab beberapa isu yang dibangkitkannya, telah dihantar ke hospital.

ADUN PKR Hutan Melintang, Kesavan Subramaniam telah mengadakan mogok lapar di luar ibu pejabat EC di Putrajaya semalam apabila penyokongnya yang bimbang tentang kesihatannya, telah memanggil ambulans malam tadi.

"Sekitar 9 (malam tadi), beberapa penyokong yang berada bersama Kesavan mendapati tahap kesihatan beliau agak merisaukan dan telah membuat keputusan memanggil ambulans untuk membawa beliau ke hospital Putrajaya.

"Keadaan beliau pada waktu ini difahamkan stabil dan semakin pulih," kata Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi juga berkata pihaknya belum menerima maklumat daripada doktor yang merawat Kesavan untuk mengesahkan atas sebab beliau terpaksa dihantar ke hospital.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS