Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
NGO kecam larangan terhadap aktivis Singapura
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 1:20 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Kumpulan hak asasi manusia mengecam pihak berkuasa Malaysia kerana dilapor mengusir aktivis Singapura, Han Hui Hui pada Ahad lalu.

Menurut Persekutuan Antabangsa Hak Asasi Manusia (FIDH) dan Suaram, Han sepatutnya menghadiri bengkel hak asasi manusia di Kuala Lumpur.

"Pihak berkuasa Malaysia melayan Han seolah-olah dia seorang penjenayah berbahaya.

"Larangan perjalan yang dikenakan ke atas Han mengehadkan haknya untuk bebas berekpresi dan berhimpun secara aman serta mesti di

"Larangan perjalanan yang dikenakan ke atas Han mengehadkan haknya kepada kebebasan bersuara dan perhimpunan aman dan mesti dibatalkan segera," kata Presiden FIDH, Dimitris Christopoulos dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh FIDH dan Suaram.

Kumpulan itu mendakwa pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menahan Han selama beberapa jam.

"Semasa penahanan, pegawai-pegawai itu memberitahu Han bahawa dia disenarai hitam dari memasuki Malaysia," tulis FIDH dan Suaram.

Kumpulan itu berkata, Han telah dijemput menghadiri Program Pertukaran Belia Serantau yang dianjurkan oleh Suaram dari 19 hingga 23 Jun di Kuala Lumpur.

"Ini adalah keadaan yang menyedihkan apabila kerajaan Malaysia mengisytiharkan seorang aktivis sebagai persona non grata dan menghalangnya daripada menghadiri bengkel hak asasi manusia.

"Han mesti dikeluarkan dari senarai hitam dengan serta-merta dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan hak asasi manusia yang damai yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," kata pengarah eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS