Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat mufti syor jurujual wanita pakai sarung tangan
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 4:54 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan jurujual wanita, terutamanya yang bertugas di kaunter pembayaran untuk memakai sarung tangan.

“Kami berpendapat bahawa persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram secara tidak sengaja adalah tidak berdosa,” menurut pejabat itu.

“Walaupun begitu, kami mengesyorkan kepada para jurujual wanita terutamanya yang bertugas di kaunter pembayaran untuk memakai sarung tangan sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath).”

Syor itu dikeluarkan ketika menjawab soalan sama ada berdosa atau tidak seorang jurujual tersentuh tangan bukan mahram ketika memulangkan baki kepada pelanggan.

Sementara itu, memetik hadis riwayat Al-Thabrani, pejabat mufti itu juga menjelaskan berkaitan pengharaman bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Sentuhan tidak sengaja pula dikategorikan sebagai al-khata’ (tersilap) dalam kitab-kitab usul fikah, yang tidak berdosa.


Baca penjelasan penuh dan terperinci:
Al-Kafi #638: Hukum jurujual tersentuh kulit pembeli bukan mahram

Lihat Komen
ADS