Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petang: Aliran trafik ke utara semakin perlahan
Diterbitkan:  Jun 24, 2017 3:53 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dilaporkan bergerak semakin perlahan sejak tengah hari ini.

Ini dikatakan berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline, sehingga pukul 3 petang ini, aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Behrang ke Trolak, Sungkai ke RTC Gopeng, Ipoh Utara ke Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Bukit Gantang.

Beliau menjangkakan jumlah kenderaan meningkat lebih banyak pada sebelah petang.

Sementara itu, seorang pemandu, menghubungi Malaysiakini memberitahu beliau meninggalkan rumahnya di Petaling jaya pada jam 10.50 pagi tadi untuk menuju ke Tapah, tetapi sehingga kini masih belum sampai.

“Sudah hampir lima jam. Sekarang baru sampai Behrang.

“Tak tahulah pukul berapa boleh sampai kampung nanti,” katanya sambil mengeluh panjang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Lihat Komen
ADS