Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pagi: Aliran trafik lancar
Diterbitkan:  Jun 25, 2017 10:49 AM
Dikemaskini: 2:51 AM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 9 pagi ini.

Menurut laman twitter Plus Malaysia Berhad, keadaan trafik terkawal dan tiada laluan sesak menghala ke arah selatan dan utara.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi, berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal pagi ini.

Untuk maklumat trafik semasa, hubungi PLUSline di 1800-88-0000 dan laman Twitter @plustrafik, atau talian LLM di 1800-88-7752 atau laman Twitter @LLMinfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS