Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir di Melaka, lebih 100 penduduk dipindah

Lebih 100 penduduk di kawasan Kampung Bukit Tambun dan Bukit Balai di Alor Gajah, Melaka terpaksa meraikan Aidilfitri di pusat pemindahan sementara apabila rumah mereka ditengelami banjir kilat, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Mejar (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kira-kira 70 daripada mangsa ditempatkan di Balai raya Bukit Tambun manakala 33 lagi di Balai raya Bukit Balai.

Jumlah itu tidak termasuk mereka yang berpindah dan menumpang di rumah saudara mara, katanya.

“Hujan lebat yang bermula tengah malam tadi menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri dua kampung berkenaan tiga jam kemudian, sekali gus memaksa penduduk dipindahkan,” katanya ketika dihubungi.

Kamarulsyah yang juga Pegawai Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Melaka, berkata semua mangsa akan dibenarkan pulang sekiranya paras air di dua kampung terbabit surut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS