Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim ingatkan Najib: Ambil peduli nasihat sendiri
Diterbitkan:  Jun 27, 2017 9:47 AM
Dikemaskini: 1:53 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil peduli mengenai kenyataannya supaya umat Islam bijak menyaring maklumat dan ancaman fitnah serta tohmahan palsu.

Dalam perutusan sempena Hari Raya yang bertajuk 'Lembayung Silaturahim 1Malaysia Asas Kejayaan Rakyat dan Negara', Najib memberi amaran ancaman seumpama itu dalam era siber dan media sosial disebarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sokong nasihat Najib dan menggesa perdana menteri untuk memberi makna kepada perutusan Aidilfitri yang dibuatnya.

“Beliau harus memastikan tiada lagi kenyataan fitnah dibuat oleh kerajaannya dan gabungan Umno/BN yang diterajuinya.

“Mereka tidak seharusnya menjadi bapa kepada segala pembohongan, berita palsu dan maklumat palsu," kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemimpin Umno dan BN, akhir-akhir ini banyak ‘berpura-pura’ kononnya mereka menentang penyebaran berita dan maklumat palsu sedangkan pada masa yang sama mereka adalah di sebalik penyebaran berkenaan.

Antara contoh, katanya, adalah sebuah ulasan oleh portal Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mendakwa bahawa pertuduhan mengenai kalung berlian merah jambu AS$27.3 juta tidak wujud dalam pemfailan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB .

"Ini jelas adalah satu pembohongan, mereka yang membaca dokumen saman kleptokrasi DOJ akan mendapati bahawa tuduhan kalung berlian merah jambu itu dinyatakan secara khusus (dalam pemfailan)," kata Lim.

Dalam saman itu, DOJ mendakwa bahawa kalung berlian merah jambu 22 karat, bernilai AS$27.3 juta berkenaan, telah dibeli oleh Jho Low untuk isteri "Malaysian Official 1" (MO1).

Fakta, bukan sindiran

Lim berkata satu-satunya kebenaran dalam ulasan BNBBC adalah ayat yang menyebut bahawa fitnah adalah dosa yang lebih besar daripada membunuh.

Satu lagi contoh pembohongan yang dilakukan oleh Umno dan BN, kata Lim, dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Umno itu dilaporkan berkata, bahawa DOJ tidak adil kerana menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sasaran dalam saman terbaru.

Menamakan Rosmah sebagai isteri MO1, Abdul Rahman berkata, DOJ memberi bayangan seolah-olah beliau terlibat dan maksud tersirat bahawa beliau telah melakukan kesalahan, sedangkan DOJ tidak merancang untuk merampas barangan kemas itu, termasuk kalung berlian 22 karat tersebut, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1.

Lim berkata Abdul Rahman adalah salah, kerana DOJ tidak membuat sindiran sedemikian. Sebaliknya, kata beliau, mereka menyediakan fakta dan perangkaan yang berkaitan dengan pembelian berlian itu.

"Ini dijelaskan secara khusus mengenai tuduhan pengubahan wang haram dan bagaimana wang 1MDB diselewengkan untuk menampung gaya hidup mewah orang tertentu,” katanya.

Beliau juga berkata, contoh ketiga pembohongan Umno dan BN apabila pemimpin mereka mendakwa tindakan DOJ itu adalah satu bentuk campur tangan asing.

Mengapa Najib tidak adu kepada Trump?

Sekiranya itu benar, maka anggota jemaah menteri "benar-benar cakduh, tidak patriotik dan tidak setia" kerana gagal membuat bantahan kepada kerajaan AS yang kononnya campur tangan dalam hal ehwal domestik Malaysia, kata Lim.

"Adakah Najib, yang hadir pada sidang kemuncak Negara Islam bersama Amerika Syarikat dengan Presiden Donald Trump di Riyadh pada bulan Mei, tidak membuat bantahan kepada presiden itu tentang campur tangan asing di Malaysia?" soalnya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS