Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petrol turun 2sen, diesel 4sen
Diterbitkan:  Jun 28, 2017 7:28 PM
Dikemaskini: 11:30 AM

Untuk minggu kelima berturut-turut harga runcit minyak mencatatkan penurunan.

Mulai tengah malam ini harga minyak RON95 dan RON97 menyusut dua sen menjadikan harga semasa masing-masing RM1.89 dan RM2.15 seliter.

Sementara itu harga runcit bagi diesel pula turun empat sen kepada RM1.84 seliter.

Harga mingguan minyak petrol dan diesen kini ditentukan oleh kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar AS pada minggu sebelumnya.

 

 

 

Lihat Komen
ADS