Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Didakwa tipu untuk BR1M, P Pinang ambil tindakan pada pegawai
Diterbitkan:  Jul 15, 2017 3:38 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan terhadap salah seorang pegawainya yang bertugas di pejabat exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar kerana didakwa menipu maklumat peribadinya.

Pegawai eksekutif negeri, Phee Boon Poh berkata, siasatan tersebut melibatkan tuduhan berkaitan permohonan BR1M dan tindakan telah diambil terhadap pegawai berkenaan.

Beliau merujuk kepada aduan yang diterima oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 25 April melibatkan dakwaan memberi gambaran salah oleh pegawai terbabit.

"Lim telah mengarahkan siasatan ke atas perkara itu," katanya yang juga exco negeri untuk kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar.

"Siasatan berkenaan mengesahkan dakwaan itu dan pegawai itu memohon maaf dan mengakui bahawa dia telah memohon BR1M dan mengisytiharkan dirinya menganggur," kata Phee dalam satu kenyataan.

Phee berkata pada 17 Mei, pegawai itu diberi amaran dan diarah membetulkan perisytiharan yang mengelirukan dengan serta-merta, serta kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kontraknya dengan kerajaan negeri ditamatkan.

"Perisytiharan yang mengelirukan oleh pegawai kontrak ini adalah perkara peribadi dan tidak ada hubungannya dengan kerajaan atau pentadbiran Pulau Pinang," kata Phee.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS