Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PAS sasar lima kerusi parlimen, tiga milik menteri BN Sarawak
Diterbitkan:  Apr 21, 2018 5:50 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

PRU14 l PAS mensasarkan untuk mencabar tiga menteri kabinet BN Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Mereka adalah di kerusi Parlimen Petrajaya, Batang Sadong dan Batang Lupar yang masing-masing diwakili oleh menteri persekutuan Datuk Seri Fadilah Yusof, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Selain ketiga-tiga kerusi berkenaan, PAS hari ini mengumumkan akan juga meletakkan calon di Kota Samarahan dan Sibuti.

Harapan PAS yang belum pernah memenangi sebarang kerusi di Sarawak disandarkan kepada Hamdan Sani (Petrajaya), Asan Singkro (Batang Sadong), Wan Abdullah Wan Ahmad (Batang Lupar), Zulkiflee Ramzi (Kota Samarahan) dan Zulaihi Bakar (Sibuti).

Sementara itu, ditanya mengapa PAS hanya meletakkan lima calon di negeri itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu bagi menghormati realiti di Sarawak.

“Di sana (Sarawak) ada penduduk bumiputera yang bukan Islam, masih ada yang tidak tahu apa itu konsep Islam

“Dan di sana jumlah orang Islam yang begitu rupa. Jadi letak calon sesuai dengan jumlah Islam (di Sarawak),” katanyanya pada sidang akhbar di Kuching, Sarawak selepas mengumumkan calon-calon PAS.

Abdul Hadi juga menyentuh tentang kewujudan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bumi kenyalang itu.

“Sudah ada PBB, kita tidak mahu banyak pertembungan. Kita mahu perkenalkan budaya politik matang sejahtera,” katanya.

Apabila disoal sama ada PAS yakin boleh membuat sebarang kejutan kerana berdasarkan rekod, parti itu gagal memenangi sebarang kerusi di negeri itu, Hadi mendakwa terdapat peningkatan dari segi sokongan.

“(PAS) banyak menerima generasi baru menyertai kami.

“Dalam PRU ini, 40 peratus pengundi (berusia) 21-40 tahun, (mereka adalah) undi penentu,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalus, PAS juga menurunkan lima calon di Sarawak tetapi semua mereka tewas.

Gabungan Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS akan bertanding di 160 kerusi parlimen.

Pada PRU13, pti itu bertanding di 73 daripada 222 kerusi.

Lihat Komen
ADS