Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WARISAN minta AMANAH, BERSATU tak tanding di Sabah
Diterbitkan:  Apr 21, 2018 11:07 PM
Dikemaskini: 4:51 PM

PRU14 | Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau telah berunding dengan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu supaya kedua-dua parti Pakatan Harapan itu tidak bertanding di Sabah semasa pilihan raya umum akan datang ini.

Sebaliknya, beliau berkata anggota daripada kedua-dua parti itu boleh dilantik sebagai senator atau pegawai kerajaan negeri lain.

"Saya minta dengan Tun Mahathir, Tun jangan BERSATU tanding di Sabah. Saya minta dengan Mohamad Sabu jangan AMANAH tanding di Sabah please.

"Kita boleh lantik sama ada senator atau jawatan (kerajaan negeri) yang ada. Kerusi ketua menteri ada kuasa (lakukan itu).

"Kita minta pasal kita harap kita tumbangkan BN. Yang penting kepada kita hari ini, kita susah pasal harga barang tinggi pasal kita tiada kerja.

"Jangan kita pula fikir bahawa kepentingan peribadi kita. Saya tidak mahu menjadi ketua menteri, I want this government to be out from this country," kata Shafie pada majlis HARAPAN di Sandakan hari ini.

Beliau menjelaskan pengorbanan mesti dibuat. Terdahulu, beliau menyatakan bagi mencapai persetujuan dengan PKR dan DAP, WARISAN terpaksa melepaskan kerusi setiausaha agungnya sendiri.

Sebelum Shafie berucap, Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah secara terang-terangan menyatakan kekecewaan beliau dengan hasil rundingan kerusi HARAPAN Sabah dan WARISAN yang tidak memperuntukkan sebarang kerusi kepada partinya.

Sementara itu, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, yang merupakan penceramah terakhir pada majlis berkenaan, mengulas kekecewaan Hamzah itu dan berkata berdasarkan pemahaman beliau rundingan kerusi HARAPAN dan WARISAN telah pun dimuktamadkan.

Lihat Komen
ADS