Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM tak tanya China tentang Jho Low
Diterbitkan:  Aug 21, 2018 1:35 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar hartawan dalam buruan Jho Low sebagai “penjahat” dan “licik”.

“Saya tidak tanya (kerajaan China) apa-apa tentang Jho Low. Saya rasa dia mungkin ada di China, mungkin, tetapi saya tidak dapat buktikan.

“Lelaki ini amat licik, saya diberitahu dia ada banyak pasport. Macam penjahat, dia ada banyak pasport dan boleh pergi ke mana-mana.

“Tetapi dia tidak dapat guna (kapal mewah) Equanimity sekarang.

“Jika dia maju tuntut, sila datang ke Malaysia dan buat tuntutan di mahkamah Malaysia,” kata Mahathir di Beijing, China hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi menyimpulkan lawatan lima harinya ke negara itu. Hari ini adalah hari terakhir beliau di negara kuasa besar dunia itu.

Equanimity kini ditahan di Pelabuhan Klang selepas pihak berkuasa Indonesia yang merampas kapal itu menyerahkannya kepada Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan waran tangkap pada Jho Low susulan dakwaan penglibatannya dalam syarikat negara sarat hutang 1MDB.

Sementara itu, ditanya apa yang akan beliau buat jika kebetulan berada dalam satu bilik dengan Jho Low, Mahathir menjawab:

“Saya akan gari tangan dia.”

Lihat Komen
ADS