Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bomba kejar lembu 5km di Lebuh Raya Persekutuan

Lalu-lintas sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dari Shah Alam ke Subang Jaya bertukar sesak apabila Jabatan Bomba dan Penyelemat mengejar seekor lembu tengah hari tadi.

Semasa dikejar sejauh 5km itu, haiwan berkenaan kelihatan melintasi kenderaan cuba menghindari pasukan bomba yang mengejarnya dalam sebuah trak.

Pada satu ketika, anggota bomba dan penyelamat terpaksa membuat pusingan U ketika lembu itu tiba-tiba berubah melalui jalan keluar Subang Jaya sebelum menyeberang ke laluan bertentangan dan kemudian kembali semula ke lebuh raya.

Lembu itu akhirnya berjaya ditangkap di sebuah stesen minyak berhadapan dengan Empire Shopping Gallery.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haizad Morhabas yang mengetuai sepasukan lapan anggota dari Shah Alam berkata mereka mendapat laporan mengenai seekor lembu berkeliaran di kawasan kilang di Seksyen 15, Shah Alam sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, haiwan itu telah bergerak ke Lebuh Raya Persekutuan ketika trak bomba sampai di tempat kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pemilik lembu itu telah menuntut haiwan berkenaan petang tadi.

Jurucakap bomba memberitahu pemberita anggota pasukannya menunggu di stesen minyak tersebut sehinggalah pemilik itu datang bersama sebuah lori untuk mengambil haiwan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS