Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tajuddin: Kalau dulu KJ boleh kena pecat
Diterbitkan:  Aug 21, 2018 6:10 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyelar Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang dilihat sering tidak bersetuju dengan pendirian parti.

Tajuddin menggesa Khairy bertindak dalam satu pasukan dan perlu berhenti dilihat bersikap tidak sehaluan dengan Umno jika masih mahu bersama parti itu, lapor Sinar Harian.

"Saya masih mahu beliau bersama Umno jadilah 'team player' dalam Umno, kerja sebagai satu pasukan.

"Tapi dia kena berhenti daripada sikap begitu jika dia nak bersama Umno dia mesti ingat dia bernasib baik kerana kepimpinan parti tidak berapa keras... lembut, sangat toleran kalau dulu boleh kena pecat," katanya dipetik Sinar Harian.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak mengulas beberapa kritikan bekas calon presiden Umno itu.

Terbaru Khairy yang dikenali sebagai KJ mempersoal kerjasama Umno-Pas di PRK Seri Setia sambil mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa kedua-dua parti itu tidak perlu bergabung.

Kerjasama lihat isu

"Dengan PAS ini saya tidak setuju bergabung secara rasmi, kita akan berkerjasama dan lihat isu bukan sahaja PAS tapi mana-mana parti termasuk dalam kerajaan.

"Sekarang Malaysia baru, dan kita lihat kepada isu. BN tidak akan jadi pembangkang yang hanya nak bangkang sahaja," katanya.

Ketika 100 hari pentadbiran HARAPAN, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari kerajaan hari ini kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah BN ditumbangkan dan Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.

Manakala itu, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil yang juga bekas pegawai khas perdana menteri dipetik Sinar Harian berkata Khairy dilihat sebagai seorang yang tidak ada pendirian dan opportunis.

Katanya, ini kerana Khairy sering mengkritik bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lihat Komen
ADS