Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Cakap serupa bikin: Anthony tolak hadiah telefon bimbit
Diterbitkan:  Aug 21, 2018 9:34 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke melaksanakan keseriusan kerajaan dalam polisi tidak menerima hadiah hari ini dengan menolak menerima hadiah berupa sebuah telefon bimbit.

Beliau diberikan telefon bimbit Huawei Nova 3i sebagai cenderamata kerana melancarkan aplikasi khidmat kereta Diffride.

Bagaimanapun, dengan pantas Anthony memulangkan kembali hadiah tersebut.

"Saya tidak boleh terima (hadiah) ini, harganya lebih RM500," katanya.

Harga runcit telefon itu ialah RM1,249 menurut laman pusat beli-belah dalam talian, Lazada.

Pada sidang akhbar selepas itu, Loke mengingatkan penganjur majlis mengenai dasar pentadbiran Pakatan Harapan terhadap pemberian hadiah kepada penjawat awam.

"Kami mengamalkan apa yang diikrarkan, sebagaimana sebentar tadi apabila saya diberikan cenderamata penghargaan, tetapi saya mahu tegaskan kami tidak memerlukan penghargaan sebegini pada masa hadapan.

"Kerajaan baru, semua menterinya mesti cakap serupa bikin.

"Ini peringatan kepada semua penganjur majlis pada masa hadapan, tolong ambil perhatian ini peraturan baru kerajaan ini," maklum beliau.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan menguatkuasakan dasar perkhidmatan awam tidak boleh menerima hadiah, dengan pengecualian bunga, buah-buahan dan makanan.

Jumaat lalu, ketika sambutan 100 hari pentadbiran HARAPAN, Mahathir berkata kerajaan sedang merangka dasar yang lebih ketat mengenai hadiah dan sumbangan kepada penjawat awam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS