Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GLOBAL |  Seorang anggota kumpulan bersenjata maut manakala dua lagi ditangkap selepas satu pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand hari ini.

Seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera dalam pertempuran sengit yang berlaku di Kampung Nasa, di daerah Mayo wilayah terbabit.

"Operasi itu diadakan selepas pihak keselamatan memperoleh maklumat keselamatan tentang kehadiran beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu," kata Komander Tentera Bahagian ke-4 Lt Jen Piyawat Nakwanich kepada media.

Lelaki yang terbunuh dalam pertempuran itu katanya, dikenali sebagai Syamsuddin Masa, 31, yang ditembak mati di bahagian belakang rumah yang dikepung oleh kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan negara itu.

Suspek dipercayai anggota kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan memiliki tiga waran tangkap daripada Mahkamah Narathiwat atas beberapa kes sebelum ini, menurut beliau.

Dua lelaki yang ditahan telah dibawa ke Kem Ingkayuthaborihan, Pattani untuk siasatan lanjut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS