Orang tengah untuk damaikan PM dan Dr. M?
Jun 30, 06 8:33pm
Usaha untuk ‘mendamaikan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi sedang dilakukan, kata Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.

Seorang ‘pendamai’ atau orang tengah akan dilantik bagi menyelesaikan segala perbezaan pendapat antara bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri itu.

Menurut laporan Bernama, Zainuddin telah menemui kedua-dua pemimpin itu baru-baru ini percaya krisis kedua-dua pemimpin itu boleh selesai secara baik.

Beliau berkata, Perdana Menteri yang ditemuinya sebelum berlepas ke luar negara untuk bercuti, bersikap terbuka dalam menyelesaikan masalah itu dan beliau berharap Dr Mahathir akan mengambil sikap yang sama.

Bercakap kepada para pemberita di Sungai Petani, Zainuddin berkata beliau merasakan pihak ketiga diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu oleh kerana Dr Mahathir telah menampakkan sikap tidak senang terhadap pelantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri yang telah dibuat oleh beliau sendiri.


" Saya sendiri telah mengemukakan beberapa nama kepada Abdullah dan beliau bersetuju dengan salah satu nama yang dikemukakan. Saya telah menghubungi orang ini yang menyatakan tidak keberatan untuk menyumbang mewujudkan suasana yang harmoni bagi kepentingan bangsa dan negara," katanya.

" Orang ini sepanjang yang saya tahu disayangi Dr Mahathir dan dihormati oleh Abdullah dan akan membantu memulihkan hubungan mereka," kata Zainuddin tanpa menyatakan siapa tokoh itu.

Sementara itu Sumber-sumber memberitahu nama yang disebut-sebut untuk menjadi ‘pendamai’ ityu ialah Datuk Mohd Abid, 62, sorang ahli perniagaan. Beliau adalah Pengarah Eksekutif TA Enterprise Bhd.

Mohd Abid dikatakan mempunyain hubungan baik dengan Abdullah dan Dr. Mahathir.

Semangat Umno

Menurut Zainuddin lagi, penyelesaian masalah itu adalah sesuai dengan semangat dan hasrat yang wujud di akar umbi Umno di seluruh negara yang bimbang dengan perkembangan yang berlaku.

Sebagai contoh, beliau berkata Umno cawangan Taman Bunga Raya dalam Bahagian Merbok telah meluluskan usul supaya Majlis Tertinggi (MT) Umno menyelesaikan salah faham membabitkan Dr Mahathir dan Perdana Menteri itu secara berhemah dan cepat sebelum diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk menimbulkan keadaan negatif.

Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Merbok dan Ketua Penerangan Umno bahagian itu berkata Perdana Menteri tidak mengarah diisytiharkan perang terhadap Dr Mahathir tetapi meminta persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dijawab oleh menteri-menteri berdasarkan fakta-fakta.

Menteri Penerangan itu berkata, orang ramai akan terus keliru jika perkara itu tidak diselesaikan segera.

Sejak akhir-akhir ini, Dr Mahathir lantang mengkritik kerajaan pimpinan Abdullah antaranya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan kerajaan seperti membatalkan beberapa projek yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri itu.

Menurut Zainuddin, kementeriannya akan menjawab beberapa kekeliruan melalui jenteranya termasuk RTM, Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berasaskan fakta dan kebenaran.














Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner