Amaran tsunami di Sabah, Sarawak

Amaran tsunami telah dikeluarkan kepada penduduk Sabah dan Sarawak ekoran gempa bumi yang dikuat di Taiwan malam tadi.

Penduduk di kedua-dua negeri itu dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai sehingga amaran ditarik balik.

Menurut laporan Bernama, amaran tersebut dikeluarkanoleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ni.

Gempa bumi pada 7.2 pada skala Richter di Taiwan, 802 kilometer di utara Manila dan 1,706 kilometer di timur laut Kudat pada jam 8.34 malam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, koordinatnya adalah 21.8 Utara 120.6 Timur dan kemungkinan boleh berlakunya tsunami berhampiran pusat gempa.

Bagaimanapun, dua jam kemudian, jabatan tersebut menarik balik amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Amaran kemungkinan berlaku tsunami berdekatan lokasi gempa telah dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun, kata jurucakap jabatan tersebut.

Sementara itu, jabatan itu dalam satu kenyataan berkata satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter telah berlaku pada 12.04 malam di selatan pulau Timor, 1174 km di tenggara Makasar dan 2173 km di tenggara Tawau.

Koordinatnya adalah pada 12.9 Selatan dan 127.6 Timur.
Gempa bumi itu tidak memberikan sebarang ancaman tsunami.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.