Cadangan penggabungan NSTP-Utusan dibatalkan
Jan 18, 07 8:19pm
Cadangan kontroversi mengenai cadangan penggabungan antara dua pertubuhan media terbesar di Malaysia – New Straits Times Press Bhd (NSTP) dan Utusan Melayu Bhd – telah dibatalkan.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh NSTP) dan Utusan dalam kenyataan yang sama kepada Bursa Malaysia hari ini.

Cadangan penggabungan itu, sekiranya menjadi kenyataan, akan melahirkan sebuah kumpulan media terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, cadangan tersebut tergendala selepas menerima tentangan dari kalangan pemimpin parti pemerintah – Umno sendiri – yang merupakan pemegang saham majoriti dalam Utusan, demikian menurut AFP.

Dalam kenyataan tersebut, NSTP dan Utusan menjelaskan, selepas siri perbincangan diadakan, kedua-dua pihak gagal mencapai satu skim penggabungan yang boleh menguntungkan kedua belah pihak dan para pemegang sahamnya.

Oleh itu, tambahnya, syarikat berkenaan mengumumkan bahawa cadangan penggabungan antara NSTP dan Utusuan telah dibatalkan.

NSTP pula menerbitkan akhbar berbahasa Melayu – Berita Harian dan Harian Metro – yang menjadi saingan utama kepada akhbar terbitan kumpulan – Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Bantahan akar umbi

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta dua Naib Presiden Umno – Tan Sri Muhyiddin Yasssin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam – sebelum ini menyokong cadangan penggabungan itu.

Bagaimanapun, pucuk pimpinan tertinggi Umno digesa supaya mengambilkira pandangan ahli-ahli parti di pelbagai peringkat, termasuk akar umbi, yang semakin lantang membantah cadangan penggabungan dua kumpulan media itu.

Antara menteri kabinet yang difahamkan tegas membantah cadangan penggabungan itu ialah Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi.

Cadangan penggabungan tersebut juga turut ditentang oleh pelbagai peringkat ahli Umno, ahli Parlimen dan Senator serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang khuatir ia akan mengikis agenda perjuangan Melayu di bawah kumpulan Utusan dan menjejaskan kebebasan akhbar negara ini.

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner