Menteri tegur pandangan Mufti Perlis
Feb 13, 07 6:21pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Mohamed Zin sekali lagi menegur Mufti Perlis Dr Mohamed Asri Zainul Abidin supaya mengelak daripada mengeluarkan pandangan yang mengelirukan.

Katanya, mufti memang bebas menyuarakan pendapatnya mengenai sesuatu perkara, namun ia bukannya fatwa.

"(Dan) jika ada pandangan yang sangat mengelirukan itu tak usahlah (dikeluarkan).

"Fatwa adalah yang dimuzakarahkan di peringkat kebangsaan atau pun di peringkat Majlis Fatwa Negeri yang kemudian diwartakan sebelum ia berkuatkuasa," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Menurut laporan Bernama, Dr Abdullah berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Mufti Perlis itu mengenai pelaksanaan undang-undang membabitkan kes khalwat dalam satu seminar di negeri itu, yang menimbulkan reaksi beberapa tokoh agama.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Dr Mohamed Asri mengadakan muzakarah dengan pakar perundangan dan kehakiman syariah.

Manakala tokoh agama Dr Abu Hassan Din meminta para mufti bermuzakarah sesama mereka sebelum membuat kenyataan terbuka yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner