Tanah runtuh: 23 kenderaan tertimbus di Putrajaya
Mac 22, 07 11:05am
Sebanyak 23 buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Presint 9 di Putrajaya yang memaksa kira-kira 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka pada jam 4.30 pagi ini.

Hujan lebat turun di kawasan Putrajaya sejak petang semalam sehingga awal pagi ini.

Seorang penduduk terbabit percaya kejadian itu berpunca daripada saluran paip yang bocor di bukit itu, menyebabkan air sentiasa mengalir dari bukit itu.

"Kami penduduk di sini sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa sejak setahun lalu, tetapi tiada tindakan yang diambil," kata Junaidi Md Judi, yang juga seorang peniaga.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Pemangku Supt Abdul Razak Abdul Majid yang ditemui di tempat kejadian berkata, tiada nyawa terkorban atau mangsa yang terperangkap di bawah timbunan tanah yang runtuh dari sebuah bukit di belakang apartmen Presint 9, Fasa 11.

Menurut Bernama, ia juga disahkan oleh pasukan bomba dan penyelamat, yang memeriksa tempat kejadian dengan menggunakan "motion detector" (alat pengesan pergerakan) dan juga anjing pengesan.

Menurut Abdul Razak, bukit setinggi 50 meter itu dengan kecuraman 45 darjah terletak 10 meter dari apartmen itu, yang mengandungi tiga blok bangunan masing-masingnnya setinggi 15 tingkat.

Tangki air

Di atas bukit itu terletak sebuah tangki air.

Berikutan kejadian tanah runtuh itu, terbentuk satu timbusan tanah dengan saiz 9 meter x 12 meter dan berketinggian 3 meter meliputi kawasan tempat letak kereta itu.

Abdul Razak berkata penduduk terbabit kini ditempatkan di pusat komuniti Presint 9 dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9.

"Kita masih menunggu jurutera IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) untuk mengesahkan sama ada akan berlaku lagi pergerakan tanah di kawasan itu.

"Lepas itu baru keputusan boleh dibuat sama ada penduduk boleh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," katanya.

Sempat selamat kereta

Sementara itu, Bernama melaporkan, Junaidi menyabung nyawa dalam usaha menyelamatkan keretanya ketika berlakunya tanah runtuh itu.

Apabila dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 pagi, beliau terus bergegas ke tempat letak kereta Blok B untuk menyelamatkan keretanya.

"Ketika saya cuba menghidupkan enjin kereta, saya boleh Nampak pergerakan tanah sedang menghala ke arah kereta saya. Saya terus berdoa dan menggerakkan kereta itu secepat mungkin," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Junaidi berkata beliau adalah antara orang pertama yang mengalihkan kereta dari kawasan itu.

Ketika itu, katanya, keadaan kelam-kabut, ada orang menjerit meminta tolong dan ada yang bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Isteri beliau, Normah Suboh, 45, Pembantu Tadbir di Kementerian Belia dan Sukan, berkata hari jadinya yang diraikan di luar bersama keluarga malam tadi telah menyelamatkan kereta daripada tertimbus oleh tanah runtuh itu.

Ini kerana kereta beliau terpaksa diletakkan di kawasan lain setelah tempat letak kereta itu penuh apabila beliau dan keluarga pulang selepas majlis itu malam tadi.
Normah berkata ini merupakan kali pertama kejadian tanah runtuh di situ sejak beliau mula tinggal di tingkat 3 Blok B, apartmen itu dua tahun lalu.




Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner