KDN rampas buku 13 Mei
Mei 15, 07 8:59pm
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah merampas 10 nashkah buku tulisan pengarah Suaram, Dr Kua Kia Song yang memuatkan rekod peristiwa rusuhan kaum 13 Mei petang tadi.

Semua buku tersebut dirampas oleh sepasukan pegawai KDN, dari kedai buku terkemuka – kedai buku MPH – di gedung membelibelah di Midvalley kira-kira jam 3 petang tadi.

Mereka juga menasihatkan pihak pengurusan kedai itu supaya jangan menjual buku tersebut kerana ia mungkin diharamkan.

Buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 merupakan kompilasi pelbagai laporan asing dan laporan sulit pada masa itu – yang telah dideklafisikasikan baru-baru ini dan boleh didapati di Pejabat Rekod Awam di London.

Tindakan KDN itu dibuat mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tak Diingini), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Perintah di bawah akta itu memperuntukkan larangan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil pengeluaran yang memudaratkan kemoralan atau ketenteraman awam adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia.

Pada akhir tahun lalu, Dr Kua membuat kajian selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan diklasifikasi sebagai rahsia.

‘Versi rasmi’ menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

Bagaimanapun, dalam bukunya itu, Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu ‘coup d’etat’ atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu – yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua tersebut, dilancarkan Ahad ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Fu Ah Kiow ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini berkata, kementeriannya akan mengkaji kandungan buku tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin.

Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei

Beli buku ini melalui online di Kinibooks

 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner