CPI: M’sia naik satu anak tangga
Andrew Ong
Sep 26, 07
8:24pm
Kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) Transparancy International (TI) naik satu anak tangga kepada kedudukan 43 daripada 180 negara.

Malaysia mendapat 5.1 daripada maksimum 10 markah - naik 0.1 dari tahun lalu - dalam CPI hasil satu tinjauan untuk mengetahui persepsi sektor awam mengenai rasuah di kalangan kakitangan kerajaan dan ahli politik.

Pengerusi TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, markah tersebut menunjukkan perubahan telah berlaku sejak tinjauan lalu.

“Tetapi bagi ramai daripada kita, adalah mengecewakan kerana ia (kedudukan Malaysia) tidak meningkat banyak," kata Navaratnam, selepas mengumumkan CPI yang diumumkan serentak di seluruh dunia hari ini.

Navaratnam berharap dengan trend yang berlaku di Malaysia sekarang serta kesungguhan politik, maka prestasi negara dalam CPI akan bertambah baik.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Navaratnam berkata, TI Malaysia tidak dimaklumkan mengenai justifikasi bagi markah yang dikompiliasikan oleh ibupejabat TI Berlin, Germany.

Malaysia berkongsi anak tangga ke-43 bersama Afrika Selatan dan Korea Selatan. CPI tahun ini juga menyaksikan kemasukan 16 negara baru.

Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi kedudukan teratas dengan memperolehi share 9.4 markah. Manakala negara jiran, Singapura, berada di anak tangga keempat bersama dengan Sweden.

Di peringkat serantau pula, Malaysia berada di belakang Australia (11), Hong Kong (14), Japan (17), Macao (26) dan Taiwan (34).
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner